Ha...boleh ke aku buat yang terbaek minggu ke 4 akan datang 7hb.March.2014...
Ape2 pun kerjasama dalam kumpulan amat penting.
Skool Of Lawak sudah masuk minggu keempat. Lapan kelas telah berentap dalam persembahan sketsa mereka dengan tema “Kesudahan Cerita” pada minggu ini. Tema minggu ini menguji kemampuan setiap kumpulan membuktikan kemampuan mereka mengolah sebuah sketsa yang menarik dan mempunyai mesej untuk disampaikan kepada barisan pihak juri dan para penonton.
Tiga kumpulan yang menerima undian terendah pada minggu keempat Skool of Lawak adalah Melati, Dahlia dan Seroja dan mereka yang tersingkir adalah Eddy, Falah dan Ika. Nama mereka telah diumumkan sendiri oleh pengetua Skool of Lawak iaitu Othman Hafsham selepas akhir kesemua persembahan dan selepas undian ditutup.
Dengan penyingkiran tiga pelajar sebentar tadi, menjadikan sekarang tujuh kelas yang akan ke gelanggang Skool of Lawak minggu hadapan. Berikut adalah kedudukan undian kelas Skool Of Lawak selepas talian undian ditutup. Peratusan undian berdasarkan undian SMS + juri (100%)
| Kekwa | 68.60% |
| Orkid | 65.13% |
| Mawar | 59.24% |
| Melur | 45.18% |
| Cempaka | 43.30% |
| Seroja | 36.07% |
| Melati | 34.10% |
| Dahlia | 33.71% |


No comments:
Post a Comment