Thursday, 10 April 2014

Ujian Skool Of Lawak Minggu ke-7

Minggu ke-7, Tema : Radio & Bersama Artis Undangan

Jom kita suport Ramai2....

Ujian Skool Of Lawak Minggu ke-6

Ujian Minggu ke-6 adalah ujian yang ku tunggu2....dengan TEMA : MUZIKAL

 Gandingan yang mantap bersama Zam n Filzah


 Sedihnya minggu ke 6 nie melibatkan 6 rakan seperjuanganku di singgkirkan

Kejutan 6 pelajar tersingkir

Ujian Skool Of Lawak minggu keenam kembali lagi bersiaran seperti biasa selepas seminggu menunda siaran bagi menghormati peristiwa MH370. Minggu keenam ini bertemakan “Muzikal Komedi” di mana tema yang dinanti-nantikan penonton selama ini. Kemeriahan sketsa Skool Of Lawak kembali ceria dengan semangat para pelajar menonjolkan bakat dalam pembelajaran mereka bersama tenaga pengajar dan disampaikan dalam ujian pada minggu ini.
Kejutan yang tidak disangka-sangka di akhir rancangan di mana 3 kelas yang mendapat undian terendah adalah dari kelas Kekwa, Dahlia dan Melur. Di akhir rancangan pengetua Skool Of Lawak, Othman Hafsham mengumumkan 6 peserta yang tersingkir iaitu Joy, padil, Bard, Aboy, Chubby dan Jaly. Ini menjadikan hanya tinggal 4 kelas yang akan meneruskan perjuangan pada minggu hadapan.
Berikut adalah kedudukan undian kelas Skool Of Lawak selepas talian undian ditutup. Peratusan undian berdasarkan undian SMS + juri (100%)
Mawar 81.94%
Seroja 64.95%
Melati 63.67%
Kekwa 52.36%
Dahlia 49.98%
Melur 38.43%
Teruskan menonton Kelas Skool Of Lawak setiap Rabu dan Khamis jam 10.30 malam dan Ujian Skool Of Lawak setiap Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna dan Astro Mustika HD. Teruskan juga mengundi kelas pilihan kegemaran anda untuk mereka terus berjuang dan belajar di dalam Skool Of Lawak.
Cara-cara untuk mengundi adalah seperti berikut. SMS:

Ujian Skool Of Lawak Minggu ke-5

Dalam Minggu ke-5 Aku berada dalam kelas Seroja

Aku, Jali n Ain

Tema : Rusa Masuk Kampung
Cerita yang simple n menarik hati juri n penonton

“Rusa Masuk Kampung” merupakan tema yang dibawa oleh pelajar-pelajar Skool Of Lawak pada Ujian Minggu kelima Jumaat lepas.  Seroja, Melur, Mawar, Cempaka, Kekwa, Melati dan Dahlia merupakan tujuh kelas yang beraksi mempersembahkan lawak jenaka yang segar untuk penonton.
Tempoh 2 minggu untuk mereka berlatih dalam kelas Skool Of Lawak sudah tentu membuatkan satu persembahan yang menarik. Ternyata malam ujian kelima menonjolkan kehebatan dan taring setiap pelajar.Tiga kumpulan yang mendapat undian terendah di ujian kelima adalah Kelas Mawar, Cempaka dan Mawar dan pelajar yang tersingkir adalah Ipin, Pale dan Arab
Berikut adalah kedudukan undian kelas Skool Of Lawak selepas talian undian ditutup. Peratusan undian berdasarkan undian SMS + juri (100%)

No
Kelas
Markah
1
Seroja
68.41
2
Melati
61.96
3
Melur
58.51
4
Kekwa
47.56
5
Mawar
42.95
6
Cempaka
42.15
7
Dahlia
38.12

Teruskan menonton Kelas Skool Of Lawak setiap Rabu dan Khamis jam 10.30 malam dan Ujian Skool Of Lawak setiap Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna dan Astro Mustika HD. Teruskan juga mengundi kelas pilihan kegemaran anda untuk mereka terus berjuang dan belajar di dalam Skool Of Lawak.